♥ WARKAH DARI TEMAN ♥

Rabu, Julai 04, 2012

Saya Cintakan Awak ~ Blog Jiwa Jiwa

 
 


Perkongsian minggu ini...  

Kadangkala saya merasakan
Allah amat baik kepada saya, awak diberikan
Mencintai awak sahaja sudah satu kebahagian
Apatah lagi anadai cinta berbalasan...

Namun lama kelamaan seram menyelimuti hati
Tatkala saya meluaskan makna cinta kepada awak
Terdetil satu masa, hendak selama-lamanya bersama
Ya, selama-lamanya
Maka terekstensi sehingga kematian
Menyedarkan akan wujudnya dua pengakhiran
Maka ke manakah kita akan bersama??
Disitu wujud kegerunan..

 Maka saya mula memahami cinta
Jika benar saya cintakan awak
Maka saya akan jaga awak dan diri saya dari neraka-Nya
Kalau benar saya cintakan awak 
Saya tidak akan mengajak dan melakukan apa-apa yang menjemput kemurkaan-Nya
Sebab saya hendak bersama awak selama-lamanya
Mustahil di neraka kita akan bahagia
Maka syurga jualah tujuan kita

Saban hari menahan diri
Memang kadang kala perasaan inginkan itu dan ini
Tetapi belum sampai masa
Sedang sekarang adalah masa mempersiapkan diri
Biar boleh jadi yang siap membawa awak pergi ke syurga-Nya
Kerana itulah makna cinta sejati

Memang awak 
Memang saya tidak akan mampu menjadi sempurna
Tetapi biarlah saya tahu sekurang-kurangnya saya telah berusaha semampu daya
Biar nanti jangan cinta kita hanya sebatas dunia
Dan dihadapan Allah kita berbalahan
Kerana menuduh salah satu kita pembawa ke neraka

 Saya menyintai awak sepenuh hati
Mengharap menjadi yang terbaik untuk awak nanti
Biar kita bina keluarga yang mampu menjadi saham dunia akhirat
Di dunia membina ummah Islam yg kuat
Di akhirat menggapai syurga yang hebat

Sebab awak amat berharga
Untuk sekadar saya lempar ke neraka
Dan mustahil kalau saya cinta
Saya membawa awak kepada kemurkaan-Nya  

daa abis baca kn?? jgn lupa tgl kn komen2 bernas korg..
 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@SEMUA YANG TERCATIT DISINI ADALAH HAK MILIK TUAN TANAH WHICH IS ME YUS NIA