♥ WARKAH DARI TEMAN ♥

Rabu, November 30, 2011

Pesanan Housemate Nia

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Yahoooo..
Minggu pertama bg sem nie daa berjaya di lalui dengan jaya nya...
huhuu...

Nia ada menda nk kongsi ngan buddies nie..
Petang td Nia g pekan..
tlg antar kn My Jannu (mastura jantan) ke kfc..
dia nk g jumpa kwn dia..

Tapi sebelum tue kitorg singgah laa kat kedai dua ringgit..
macam yg buddies semua tau laa kn..
semua barang2 kat kedai tue semua nye berharga RM2...

Comel sungguh laa semua brg2 kat situ..
Niat kat hati nk beli bakul utk simpan brg2 make up laa mula nye..
Tapi disebabkan terlampau minat sangat ngan game angry bird
Nia pun pergi laa beli board yg ada gambar kartun angry bird..
Comel sgt2..
My jannu pun beli satu walaupun kat umah dia daa ada board cam gtue
tp kecik skit laa..

Sampai2 ke rumah tunjuk laa kat semua housemate..
Tanye dgn gaya yg manja n berniat nk menjeles kn diorg..
"Korg Comel tak??"
huhuhu...

Untuk makluman semua Nia nie bukan gedik tp manja je..
Tp manja Nia nie hanya org tertentu je yg tau..
Cnth nye macam housemate2 sye..
BFF sye.. 
and Family sye..


Comel kn..
Tp board nie nia daa suruh housemate Nia tulis pesanan2 penaja yg ikhlas dr hati diorg..


Antara pesanan housemate Nia:
Study smart Yus! Allah always beside you. <3
-syaza-

Cho baik x?? Baik kan? Nanti aku belanja makan choki2.. wawawawawa :p
-solehah @ Cho-

Yus, awak x gedik,, tp awak manja,,huhhu.. Jgn risau, akan dtg mesti semakin matang....hahaha
-kak Cyla-


Yus kurang matang skit tp xpe msih diawan-awanan lg tu. nnt dh msuk 20-an dh ok la; ok yus be yourself . from kak izu alexander!!
-kak izu-

yus bucuk!!!
-nurfa-

Ni yg nk marah ni!!
hahahaha :) MJ
-Mastura Jantan-


huhuhu..
macam2 pesanan budk2 nie..
ada plak si fa nie ngata Nia bucuk??
Sampai aty dia..
Nia wangi tau..
Bau lovely in pink agi tue tau..
hihihihi..

kak izu ngan kak cyla plak dok mention pasal matang2..
mentang2 laa status fb Nia bru nie pasal kematangan..

huhuhu..
tak pe laa korg..
tak kisah apa yg korang nk tulis..
yg penting sye syg kamu semua...
nanti Nia tepek board nie kat meja study Nia k...
Bley wat kenang kenangan sampai abis study nie...

  

Rindu Hampir mati

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies..

Ya Allah 
rindu nye aku kat dia..
Bila tiap kali tengok hp makin rindu rasa hati..
Gambar dia yang handsome tue terpampang jelas je kat screen hp Nia..

Tiap malam dibuai mimpi tentang dia..
 Rindu rasa hati nk memeluk n mencium diri nye
Biasa nye tiap malam dia laa peneman di kala mengulit mimpi
Biasanya dia laa meneman menghiburkan hati yang sunyi
Biasanya tingkahnya membuat hati senang

Ya Allah 
Sesungguhnya aku merindu insan bernama 
Muhammad Aqil Najmi


SAYA RINDU ADIK SAYA!!!

Selasa, November 22, 2011

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies..
 
kadangkala apa yang terbuku dihati kita tak sanggup lafaz kan dengan kata-kata untuk menjaga hati oarang lain..
tapi kenapa kita sanggup membiarkan hati kita gundah gelana..
Ya Allah kuat kan lah hati ku dan diri ku untuk menjadi penjaga hati yang setia bg org yang menyayangiku dan org yang aku sayangi..
Aminn...
 
 

Ada kala saatku tak berdaya
Menyerah menyusuri hidup
Jangan biarkan aku terluka
Ku disini membutuhkanmu

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku Kasihku kepadamu
Karena aku yang mencintaimu
Selalu Tanpa Ragu...

Cinta ini takkan terhapus oleh waktu
Begitu adanya dirimu
Masih disini setia tuk menjagamu
Akulah penjaga hatimu...

Ada kala saat aku merasa
Sudah sampai disini saja


Jangan bairkan aku terlena
Sendiriku disini membutuhkanmu

Tak akan ada yang melebihi
Ketulusanku Kasihku kepadamu
karena aku yang mencintaimu
Selalu Tanpa Ragu...
 
 Karena aku yang mencintaimu
Selalu Tanpa Ragu...

Selasa, November 15, 2011

ku pendam sebuah luka

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies..


Bercinta sudah lama
berkasih dan bermesra
sedang enak membuai rasa
perpisahan tercipta

Mengapa sementara
cerahnya cinta kita
mendung tiba tiada ku pinta
gelapnya suasana

walaupun hatiku 
amat berat melepasmu
dan rintangan mendatang sayang
terpaksa ku leraikan

seandainya
kita harungi jua
kelak punah semua sayang
mimpi yang kau harapkan

ku pasti kau kembali
menyatu dua hati
lebih elok cari pengganti
tiada kau menyendiri

tak guna disesalkan
hakikat percintaan
mungkin terpendam kenikmatan 
di sebalik perpisahan..

 

Hang Out With My Teddy Bear & Mirae..

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies..

yes!!
yes!!
yes!!

tak lama agi daa nk mula kelas..
minggu depan insya-allah nia akan kembali ke tanjung malim yang tercinta..
tak sabar nye nk mula kelas..
melangkah dengan azam yang baru n semangat yg waja..

huhu..
bersemangat laa pulak..
seriously Nia memang dah tak sabar nk blik TM..
jumpa kawan2..
g kelas..
n paling penting..
jumpa cik abg yg tak perlu disebutkan nama nye tue..
huhuhu..
rindu yg teramat berat nie..

actually nia nk kongsi ngan buddies semua yg minggu lepas Nia kuar ngan BFF nia yg tercinta..
My Teddy Bear (Abid) and My Mirae (mira)


huhuhu..
destinasi perjumpaan kitorg kat the Mines..
ada sebab kenapa nia pilih mines..
memandangkan nia stress kn..
so nia ajak laa kekasih awal dan akhir nia nie g karaoke..
banyak jugak lagu yg kitorg balun..
salah satu lagu fav kitorg masa karot tue adalah lagu nie...


tersentuh gler dgr lgu nie..
mekasih kat abid sebab pilih lagu nie..
pasnie bley kita karot lagi..
sampai sakit anak tekak..
hihihiihi..




untuk makluman semua pic kali nie nia ambik dr mira..
dia yg edit..
bnyak agi pic sebenar nye td teddy bear sye tue tak bg upload semua..
malu sbb terserlah sgt 'kecomelannya" nanti..
hihihihihi

Isnin, November 07, 2011

five things I should do after this

Assalamualaikum.. Hey
Buddies..



dah lbey dua minggu bercuti..
keboringan memang tahap dewa laa..
tuhan je laa tau betapa boring nye Nia kat umah...
Tak tau nk wat pe kat umah..
last2 jd babysiter jer laa jaga Aqil..


yup muhammad aqil najmi yg cmey nie..
hihihihi...
tue je laa tugas harian Nia kat umah...


sbenar nye result daa kuar..
huhuhu..
hati Nia memang hancur lebur..


pointer jatuh bnyak sgt..
memang tak tercapai azam Nia nk kekal kn rekod...

Mak ayah tak yah cter laa kan memang bising gler laa bler tau..
tak tau nk jawab apa bler mak ngan ayah tnye apesal pointer jtuh bnyak sgt..
nk kte tak study nia study..
tapi maybe sebab bnyak main sgt kot sem nie..
dok berjimba2 bnyak sgt..

masalah plak sem nie dr sejak awal lagi datang..
macam2 benda jadi sem nie...
Nia klau ada masalah je memang Nia akan terlampau pikir kn sgt masalah tue..
trlampau ikut kn perasaan ..
klau marah memang sampai tak bley nk kawal diri..
klau dok tengah kalut tue memang satu keje pun tak jln..

nia ada terbaca satu artikel time dok on9 nie.. 
n nia tertarik nk kongsi ngan buddies semua.. 
maybe ini yg akan nia lakukan utk mengecapi kejayaan..
n menebus kegagalan yg melanda..


Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita. 

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi. 
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula. 

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@SEMUA YANG TERCATIT DISINI ADALAH HAK MILIK TUAN TANAH WHICH IS ME YUS NIA