♥ WARKAH DARI TEMAN ♥

Jumaat, September 30, 2011

we start with this kind of story

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies..

Mat Pih..
Kita bermula dengan cara yang sama..
Tak ubah macam bait2 lagu Najwa Latif nie...
Memang sama..


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh..
Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata mahu jumpa aku
Ku gelisah hati rasa tak menentu
oohh..
Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda 
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku.
Dan pabila kau kata kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju..
Oooo..
Itu lah cinta yang satu..
Cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikan nya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau kata kay suka aku 
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo..
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Selasa, September 27, 2011

Lagu nie...

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Nia tak tau kenapa..
Tapi lagu nie betul2 tinggal kn 
satu rasa yg Nia sendiri tak tau macam mana nk jelaskn..

Lirik nye pun sama..
Thanks to Mira
sbb ko aku dgr lgu nie.. 


Saat aku sendiri
Aku bayangkan kamu
Dalam dakapan ku ini
Indahnya kamu di dakapan ku

Cerita kita berdua
Menciptalah sebuah cinta
Dan tercipta kisah yang satu
Tentang aku dan kamu

Mungkinkah
Kau kan menunggu ku
Dan akan kah kau menanti diri ku
Pastikah
Kau kan menunggu ku
Seperti ku yang selalu menunggumu

Ceita kita berdua
Menciptalah sebuah cinta
Dan terciptalah kisah yang satu
Tentang aku dan kamu

Aku mahu kau selalu dengan ku
Di mana ku berada
Aku hanya milikmu


 

Selasa, September 20, 2011

Rahsia Di Sebalik Seorang Wanita (PART 2)

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik utk memikat hati seorang gadis,
cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirirnya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud 
KESETIAAN, AMBIL BERAT, JUJUR dan KEBAHAGIAN TANPA KOMPROMI.

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah airmata.

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya 
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). 
Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. 
Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh cinta pada lelaki yang mengambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. 
So, kalau nak memikat wanita pandai-pandai lah.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Ahad, September 18, 2011

Saya Dah Pakai Pun!!

Assalamualaikum..
Hey Buddies..

Baru2 nie masa raya hari nie laa..
Nia g raya umah kawan Nia yang study kat Mesir tue..
Ismatul Nabila nama nye..
Ingat kan si Metot nie tak blik raya tahun nie..
Tup tup dapat tau dia blik pulak malam raya arie tue..

Dengan langkah seribu Nia ngan Finaz pun p laa umah dia beraya...
Tak lupa si makcik Liza pun join sekaki..
Tak kisah laa bertiga je pun.. 
Raya tetap rye..

Lama jugak laa kitorg dok menapak kat umah dia...
Biasa laa daa lama tak jumpa...
Macam2 citer kluar..
Tambah plak si Nabila nie jenis suka bercerita..
Mak ngan Mak Long dia pun ada sekali masa tue..
Tak sangka plak yang Mak long Nabila nie bce blog Nia..
huhuhuhu..

Nia kat sini nk ucap kn mekasih kat Nabila sbb bagi selendang masa arie tue..
Nia daa pakai pun selendang tue...



Sabtu, September 17, 2011

Rahsia Di Sebalik Seorang Wanita (PART 1)

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata,
itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu berikan dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar mencari benda yang dia benci tentang seseorang yang paling dia sayang
(Sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan)


Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,
lelaki itu akan sentiasa ada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,
dia akan cair seperti coklat.

Wanita memang suka pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana utk menerima pujian.



Jika kamu tidak suka dengan wanita yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,
jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa sahaja.

Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cuba tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. 
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati.

Jangan sesekali beritahu wanita yang mereka langsung tak berguna.

Bersikap terlalu serius, boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama sekali lelaki yang mencintainya dalam diam memberi respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh tidak berminat,
tetapi sebaik sahaja ganggang di letakkan dia akn menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit semua rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. 
Jadi jangan hanya senyum sebarangan.

Jika kamu menyintai seorang wanita cuba mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biar dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan mu.

Tetapi jika dalam asa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan kamu 
terus kan usaha untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.
Tanya dia sendiri.

Selepas seseorang wanita jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal.


 

Jumaat, September 16, 2011

Assalamualaikum.. 
Hey Buddies.. 

Love Quotes




Love Quotes


 

Boboy ~ Demi Masa

Assalamualaikum..
Hey Buddies..

Tetiba dok menung sorg2 tadi tenyanyi plak lagu nie...
Dah lama tak dgr..
Lagu lama2 laa kata kn....
Lagu nie sedap...
Tapi suara penyanyi nye je laa sengau skit..
hihihihihi...


Berbisik lah hati ku mengenang mu..
Saat percintaan kita berlalu
Sepi mencengkam dalam hati
menambah luka
Seandai ada aku keriangan..

Hasrat menyinar suria hidupku
Namun tersungkur menjadi debu
Tidak pernah terduga
Perubahan cinta kita
Di akhir hayat berpisah jua



Demi masa 
aku cuba menghalang semua itu
Hanya kerana kasih dan sayang
Biar percintaan ini terus bersatu
Berikan aku waktu membuktikan..

Oh kekasih 
Aduhai kekasih
Tiada aku jemu menantikan keputusan
Seandainya masih rindu
Hulurkanlah ku seloka 
Puas ku tersiksa
Bagaikan terasa
Tidak bermakna lagi...

You Deserved Better My Friend!!!!

Assalamualaikum..
Hey Buddies..


Kawan ku,
mengertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.
Hikmah yang cukup indah yang biasa menyembuhkan luka di hati.
Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari.
Yakin lah bahawa,
Allah tidak akan memberikan dugaan dan ujian pada hamba-Nya
di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Kita mungkin dapat memberikan kemaafan pada setiap kecurangan,
Namun untuk melupakannya mungkin mustahil.
Apa yang patut kita lakukan adalah memberikan peluang,
menjadi kan perkara tersebut sebaga iktibar serta berdoa.


Ingatlah,
Kita ada Allah.
Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap.
Allah tidak akan mengecewakan kita.

Kepada hati yang rapuh..
Jangan bersedih..
Remember that, 
You Deserved Better!!!


atau 



   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@SEMUA YANG TERCATIT DISINI ADALAH HAK MILIK TUAN TANAH WHICH IS ME YUS NIA