♥ WARKAH DARI TEMAN ♥

Selasa, Oktober 19, 2010

sahabat ku..


senyum ku tak bermakna ku suka,
tawa ku tak bermakna ku gembira,
tangis ku tak bermakna ku sedih,

senyum ku,
tawa ku,
dan
sedih ku,
tak ku tahu untuk apa,
tak ku tahu kenapa...

hanya DIA yang mengerti,
kehilangan yang ku rasa kan,
kehilangan yang tiada gantinya...

wahai sahabat sejatiku..
kau pergi mungkin tak kan kembali ke sisi ku..

namun ku tetap berharap..
kau kembali kembali kepada ku..
kembali untuk menyinari hidup ku..
menyinari hidupku yang kelam tanpa mu..
kembali lah wahai sahabat sejati ku..

sesungguhnya..
ku amat menyayangi diri mu..

sesungguhnya...
ku amat menyayangi hubungan ini...

sesungguhnya...
ku amat merindui diri mu..

sesungguhnya...
ku amat merindui
hilai tawa mu,
usikan mu
keluh kesah mu..
kembali lah sahabat sejati ku..

aku merayu pada mu..
maafkan diri ku..
sesungguhnya kau sahabat sejati ku..
dunia dan akhirat..
amiinn..

-Nia Sarang Hae Yo-

Jumaat, Ogos 27, 2010

pengalaman mengajarku

assalamualaikum..

hari nie seharian yus tak blh tido.. mula2 wat alaa assignment, pastue lama2 jd malas plak. tue yg terpnggil nk write something kat blog nie..

semlm nia terfikir, kadang2 pengalamn pahit dan duka kita lalui tue lebih bnyak mengajar kita erti hidup yg sebenar.. cuba pikir blk, antara pengalaman manis, suka ria kita dengan pengalaman pahit, sedih dan duka kita mana satu lbh memberikn kesan yg mendalam?? mesti yang pahitkn.. klau ada yg kte pengalaman yg manis tue lg berkesan, sye rse awk patut pikir blk...

contoh nye laa... klau kita wat presentation kat klz, tetiba harie tue kite punya hampeh laa pulak berbanding sebelum nie, surely u will talk about your horibble presentation more than the other presentation that u had done before, right?
tue just contoh yang mudah laa... tapi sebagai seseorg yg bermotivasi tinggi kita mesti akan carie dimana silapnya kita.. jgn tuding jari kat org dulu... make a checklist pasal ksalahan kita, maybe kita tak prepare betul2x, maybe kita main2.. or maybe kita masa tue baru lps frust menonggeng sbb bru lepas cinta.. so tak d semangat nk wat apa2.. nia harap jgn laa jd macam tue... bak kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.. klau bunga tu daa org petik, kita carie laa lain.. bnyak lagi bunga lain yg sedia untuk dipetik di muka bumi Allah yg luas nie.. apa guna nya Allah ciptakan dunia yg terbentang luas nie klau kita terus menerus nk menyempitkan pencarian kita hanya pada satu 'taman' sahaja.. tue untuk yang lelaki.. tak kisah sangat laa.. diorg tue lelaki, klau dia frust pun tak sgt.. yg perempuan nie, klau kena break ngan bf tue... wah.. bukan main lg 7 hari 7 malam menangis je.. dgr lagu tue nangis, tgk something pun nangis.. masa makan pun nangis.. tapi tak leh salah kn perempuan jugak sebab dah sejak azali lagi Allah cipta kaum Hawa nie dengan hati nurani yang lembut dan mudah tersentuh.. walaupun luaran nye tue nampak macam rock tapi kita tak tau dalaman nye.. sebab tu.. jgn lihat luaran nye sahaja.. selami dulu hati budi nya... apa laa yg nia merepek nie.. daa lari dari tajuk daa nie.. tapi tak pelaa sekali-sekala bg nasihat + ceramah tak rasmi.. apa salah nye...


kita bblk semula ke tjk kita arie nie ( daa mcm cikgu laaa plak )... nia rasa semua org setuju, seseorg tue diukur kematangan nye bkn sje berdasarkan pengalaman yg luas sahaja tapi juga dengan cara di menggunakan pengalaman yang dia ada untuk menjadikan kehidupan dia semakin hari semakin baik.. hari ini lebih baik dr semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, insya-Allah.. amin..

sebab tue sblm tido tue, sementara nk tunggu mata tue lelap laa kn.. apa kata kita fikir bali, apa yg dah kita buat hari nie.. jgn dok pikir arie nie aku buat baik je.. tk de yg jahat2x.. alaa hai ck abg.. ck adik.. kita nie manusia biasa bukan nabi atau rasulullah yg suci hati nya dari sebarang cacat dan cela nye.. dgn begi tue kita akan dapat tahu dan insaf atas dosa yg dah kita lakukan.. kata kn laa.. tetiba kita teringat kita terambik brg kwn kita.. memang niat kita bukan mencuri tapi esok nya tue kita wajib mintak maaf dkt dia dan pulan kn barang dia.. amalan nie di panggil muhasabah diri ye... bukan masa tido je kita blh amalkan.. masa tak de keje tue, tunggu bas ke apa ke.. blh laa kita muhasabah diri.
.
.amalan seperti muhasabah diri nie secara tak langsung akna mengajar kita untuk belajar dari pengalaman... itu saja dr nia tuk kli nie.. bila ada masa dan idea lagi nia akan coret kn lagi buah fikiran ke kanvas elektronik nie..

assalamualaikum.. dan selamat berpuasa..

Sabtu, Ogos 07, 2010

kehidupan ku kini..

assalamualaikum...

akhirnya dapat jugak nia menulis coretan hati nia kat blog nie...
yelah skrg nie dah makin sibuk, semalam je sekali 3 assignment lecture mintak antar sblm raya...
haaa pening nye nk pikir..
dah laa nia nie blm biasa lagi cara belajar kat u nie.. kelam kabut jadi nye... tak masuk lagi presentation yg kena wat dalam masa terdekat nie.. satu dah siap tapi dia punya hard coppy tak siap lagi... yg lagi satu kena tambah satu lagi tokoh pakk... mula2 mdm ain mintak present satu je pasal biodata ngan teori dia dalam pakk... sebabkan semalam dia absent dia suruh kitorg tambah lagi satu tokoh...

sekarang nie kat khar (kolej kediaman nia) ada wat jualan sempena hari merdaka... rambang mata laa jugak tapi tahan dulu nafsu... takut duit ptptn tak cukup bila nk abis sem nanti... dah laa bnyak duit nk guna utk wat assignment... tak masuk belanja lain lagi tue... tue pun tak bnyak bukak lagi, kte abg exco tue ada yg dah tempah tapak tapi tak bukak gerai lagi... malam nie ada lah kot... tapi klau nia nk beli apa pun tunggu malam terakhir laa... masa tue nk tutup diorg mesti jual murah sebab nk abis kan stok....

erm.. tak lama lagi daa nk pose... erm tak suka nya tak dapat nak berpuasa ngan family... mak kata tak payah laa nk balik buat penat badan je...
apa2 pun untuk semua umat islam
selamat mnyambut bulan ramadhan
yang penuh fadhilat dan kelebihan nya... bg yg merokok ke ada nafsu yg teramat dahsyat tue... masa nie laa nk bendung nafsu tue... tak kira lah nafsu apa, nafsu mkn ke nafsu berjalan ke shopping ke apa ke tak kisah laa... lagi satu yg nia nk semua org perhatikan adakah perangai kita masa puasa ngan tak sama je... yelah masa bulan puasa nia mana ada syaitan nk hasut kita wat jahat.. wat dosa... so
renung2 kn laa..
dan
selamat beramal di bulan ramadhan!!!

Isnin, Julai 12, 2010

minggu suai kenal @ UPSI

assalamulaikum...
fuhh!! akhirnya abis jugak orientasi @ msk.. penat memang laa penat tapi seronok laa dapat kenal kwan baru.. akak2 ngan abg2 sms pun ok.. baik.. sporting lagi tue.. antara menda yg kitorg wat masa orientasi adalah :









tarian si tommy!!
comel betul.. bayang kan laa sampai kan cikgu2 besar yg boleh kita panggil ayah pun join sekali wat tarian tommy nie..

kwn2 serumah yus semua nye best2 tapi yg tak syok nye hujung minggu nie nia kena tukar umah sebab bilik nia tue dak PALAPES nk dok.. nie semua kawan serumah yg sama2 masuk ngan nia pada 4/7/2010..
dari kiri..
k. aina(pahang), farah(kedah), k. ana(kedah) and nia.

yang nie plak gambar group nia masa orientasi.. nama group nie A15.. banyak lagi gambar2 yg nia ambik tapi tak larat nk upload bnyak2...

akhir kata.. melangkah ke upsi nie sedikit sebanyak telah memberikan nia ruang untuk mengekspresikan diri.. satu benda yg yus belajar kat sini ialah klau kita tak berani nk ke depan dalam kelompok yg ramai nie memang kita tak kan berjaya.. untuk senua.. doakan laa yang terbaik untuk nia.. dan insya-Allah nia akan doakan yg terbaik juga untuk anda...

wssalam..

Isnin, Jun 28, 2010

Zionis di Bumi Palestin!!

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah air di Palestin.Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).


Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

Rabu, Jun 23, 2010

renung2kan laa...

geram nye... ada plak pindaan waktu laa.. ini laa tue laa.. ingat kn semua benda dah ready rupanye tak lagi.. smalam nia baru dpt msj dr upsi yg mana pihak upsi mintak pelajar2 bru sedia kan baju kurung putih utk hari pembacaan ikrar nanti.. tak pasal2 kena beli.. sebab nia tak de baju kurung putih.. pasal pindaan waktu pendaftaraan tue tak kisah laa.. ok jugak laa tak de laa org yg dari jauh... ini laa yg dinama kan pengorbanan... nia teringat kawan nia pesan, dia kata
"bukan senang nk senang dan bukan susah nk susah"
betul jugak apa dia cakap.. untuk mendapat kan sesuatu yg berharga atau yang terbaik.. bersusah2 dahu.. bersenang2 kemudian...
renung2kan laa...

Jumaat, Jun 18, 2010

tabiat org pempuan

hurm.. penat nye... semalam seharian bejalan je keje nia ngan mak... g jpn laa, tukar ic... g bank islam laa... cimb laa.. n the best part is shopping... biar pun penat tapi ku hayun juga kaki ku ini melangkah dari satu kedai ke satu kedai... hehehe... pelik kn.. walaupun penat tapi tetap ada nafsu nk shopping.. dah nama pun pempuan.. shopping ngan pempuan memang tak dapat dipisah kn... ada ke pempuan yg tak suka shopping?? klau ada agak pelik laa... apa2 pun nie ada pic nia sebelum kluar smalam.. hehehe



Isnin, Jun 14, 2010

adakah ini sumpahan atau satu kebetulan??!!

ada org cakap laa kn klau ada sorg yg meninggal kat satu2 kawasan atau pun kampung mesti akan berderet2 7 org yg akan meninggal pastue.. tak tau lah mana org dapat kepercayaan pelik nie.. tapi nia rse betul laa.. sebab baru2 nie kat kaw umah nia dah ada 3 org meninggal dalam masa yg agak dekat laa.. dan tiga2 tue sedara nia... macam dirancang plak kn?? ye laa memang dirancang pun.. oleh Allah laa... hehehe... apa2 pun ucapan takziah nia ucapkan buat kluarga arwah dan semoga arwah akan ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman.. al-fatihah..

Lelaki Idamanku

Lelaki idamanku,
tertgak islam dalam dirinya,
sejernih salju
hatinya dilingkari cinta yang satu,
iman dan taqwa menjadi sepatu,
dengan roh Islam dia melangkah maju,
dahagakan pahala ,
hauskan ilmu,
gagah melawan nafsu,
solatnya dihayati penuh syahdu,
kata-katanya benar tidak menipu....

Lelaki idamanku,
teguh dalam saf perjuangan,
teman-temannya adalah pencinta syariat islam,
yang menyampaikan ilmu di dada,
buat umat yang kehausan,
yang mengifarakkan harta
untuk
jalan jihad dan kebenaran....

Lelaki idamanku,
adalah lelaki beriman,
yang mengalir dalam darahnya sifat kepimpinan,
suka berbuat kebajikan,
berbakti kepada ayah bondanya penuh kebaikan,
dalam rumah tangga,
dialah yang menjaga kerukunan,
menghiasi jiwa ahlinya dengan seagung-agung pegangan,
mendidik anak dan isteri nya menghayati Islam,
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
yang dunia baginya
rumah sementara menuju akhirat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@SEMUA YANG TERCATIT DISINI ADALAH HAK MILIK TUAN TANAH WHICH IS ME YUS NIA